Sponsor punya cerita

Pada tanggal 2 januari 2010, jabatan terbaik tahunan = jabatan penajaan titian budi 2010 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ipoh. Misi utama lawatan sambil belajar ini diadakan adalah supaya zahid tidak dapat ikut, sebab katanya mengikut jemaah HICOM ke taiping tetapi malang tidak berbau hajat mereka terbantut di tengah jalan. Berikut adalah kronologi lawatan sambil belajar kami;
  1. Aniq aka Kepala Bapak Sponsor beriya2 menyuruh berkumpul di cafe v2 pada pukul 10.30 pagi tetapi 10.30 die baru je bangun. Cilakak punya head kata linda off.
  2. Caknga dan hakimi adalah manusia yang paling lambat datang. Katanya melayan family outing sampai kesuboh sehingga termimpi2 kan Lee Hyori. Mimpi hape haa?caknga dan hakimi sedang asyik menonton family outing di capcom station.
  3. Ahli department sponsor x rasmi, pau, tanpa malu dan segan turut serta memeriahkan majlis. " haku buhsan duk biliaq hang taw dak" kata pau dalam loghat kedah.
  4. Seorang lagi ahli department sponsor iaitu adam telah kembali ke rumahnya atas masalah berkiatan kekeluargaan. Keluarga pertama ujarnya.
  5. Seperti janji2 melayu kebiasaannya, kami bertolak sedikit lewat dari jadual. Destinasi utama, pusat bowling di greentown mall.
  6. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan; kumpulan all star dan kumpulan all moon aka sailormoon. pertarungan sengit berlangsung antara kedua2 kumpulan. Balinga demi balinga yang pantas dan jitu terus menerus menghujani pin2 bowling di lorong 17 dan 18. Setelah penat lelah membanting tulang dan mengerah keringat, akhirnya tamatlah sudah permainan. Man of the match aka Star man menjadi milik Nurin kerana berjaya memecah rekod sebagai pemain paling banyak membuat balingan kelongkang."hehe..ade lubang kat bola ni.." kata hakimi sambil tersenyum.
  7. Lepas main bowling, kami bershopping sakan di greentownmall. "Barangnya murah2 dan gadis cashiernya cantik2" kata aniq yang bermata keranjang. Dah penat bershopping kami pun turun ke foodcourt untuk mentekedarah.antara pemain bowling yang mempunyai potensi yang boleh diketepikan.
  8. Pukul 3 petang, kami ke jusco untuk menonton wayang. Ceritanya Old Dogs lakunan John Travolta dan Robin Williams. Kemudian masing2 membawa haluan sendiri, ada yang bershopping dan ada yang menonton konsert Micheal Jackson secara percuma sempena upacara pengkebumiannya.
  9. Akhir sekali kami makan di restaurant vangeey dan tamatlah sudah familyday kami.wajah2 ceria dan gembira setelah tamat bermain guli

0 comments:

Post a Comment